ADAKAH KAUNSELING UNTUK INDIVIDU BERMASALAH?

Adakah kaunseling untuk orang yang bermasalah? 

Masyarakat umum sering mempunyai salah tanggapan mengenai kaunseling. Antara tanggapan yang salah mengenai kaunseling ialah:-
  1.  Kaunseling adalah nasihat
  2. Kaunseling hanya untuk orang bermasalah
  3. Kaunseling hanya utk pelajar IPT/murid sekolah sahaja
  4. Kaunseling adalah berbual-bual sahaja
  5. Kaunseling boleh ubati semua masalah tingkah laku
  6. Kaunseling untuk orang kaya sahaja
  7. Kita di psiko’ apabila berjumpa kaunselor
  8. Apabila sudah tak terkawal barulah berjumpa kaunselor
Sebenarnya ini adalah tanggapan yang salah mengenai kaunseling. Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor perofesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

Dalam erti kata lain, kaunselor tidak menyelesaikan masalah klien, kaunselor cuma membantu klien menyusun pemikiran dan tindakannya untuk menghadapi isu itu. Ini juga bukan bermaksud anda di’psiko’kan. Cuma membantu anda ‘menyusun semula’ permikiran atau tingkah laku anda berdasarkan teori-teori kaunseling.

Dalam bidang kaunseling juga kita ada beberapa perkhidmatan yang ditawarkan seperti dalam bidang laluan kerjaya, motivasi, perkembangan kendiri. 

Tetapi laluan kerjaya tidak bermaksud kami mencari kerja untuk anda. Sebaliknya melalui kaunseling, kaunselor akan bantu anda kenali personaliti diri dan bidang kerjaya yang anda, serta membantu anda mencari maklumat berkaitan kerjaya  yang sesuai dengan potensi anda. 

Oleh itu jangan takut untuk hadir ke sesi kaunseling. Kaunseling bukan untuk orang yang bermasalah tetapi individu yang inginkan memperkembangkan dirinya menjadi lebih baik.


15 comments:

  1. Oh, jadi bukanlah hanya untuk orang yang bermasalah sahaja, ramai yang salah tafsir termasuk saya. Bagus perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana melawat blog kami. Ia bukan melibatkan orang yang bermasalah sahaja malah individu lain yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang personaliti atau kerjaya, boleh juga berjumpa dengan kaunselor

      Delete
  2. betul2.. saya ckg sekolah, memang tggapan budak pun mcm tu, slu yang pg blik kaunseling msti orang yg brmslah tp xsemuanya bermasalah kn..

    ReplyDelete
  3. saya stju dengan Che Zakaria.. sy pn ckg sekolah jgk, walaupun sy bkn ckg kaunseling, tp sy tgk memng budak2 ni berangapan mcm tu. ckg2 pun ada juga yang mempunyai tanggapan yg jmpe kaunselor murid yang bermaslh je.. xbgs la mcm tu kn..emm

    ReplyDelete
  4. terima kasih. nampknya ramai yang cakna dengan apa yang berlaku dalam dunia kaunseling sekarang. semoga untuk masa yang akan datang tiada lagi persepsi seperti ini dan semua orang berhak untuk berunding atau berjumpa kaunselor. =)

    ReplyDelete
  5. kaunseling bukan untuk individu bermasalah.. tapi kat sekolah dulu budak bermasalah salu kne pggil gi bilik kaunseling...kaunseling bukan untuk nasihat.. baru hari ni saya tahu... dulu kalau ada masalah sikit2 lari kat bilik kaunseling kat sekolah. this information gives insight on me. good post!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Matematis Muda. ya.. betul. kebanyakan dari sekolahlah kita didedahkan dengan tanggapan palsu bahawa kaunseling untuk individu bermasalah. itulah kenyataan yang sering disalahtafsir. Apapun, Terima kasih sudi meluangkan masa melawat blog kami.

      Delete
  6. Betul, orang selalu salah anggap tentang kaunseling..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Laili. Dalam kebanyakan hal nampaknya memang begitu tetapi hakikatnya kaunseling bukan sebagaimana yang difikirkan oleh kebanyakan orang.

      Delete
  7. Ye betul... orang selalu anggap orang pergi kaunseling ni untuk individu bermasalah sahaja. Jadi individu yang berminat untuk datang ke sesi kaunseling rasa takut hendak datang kerana takut dilabel rakan-rakan sebagai individu bermasalah. Jadi kaunseling di sekolah tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Tapi saya ada pertanyaan admin.. ape yg dimaksudkan oleh admin dengan mengatakan "kaunselor akan bantu anda kenali personaliti diri dan bidang kerjaya yang anda, serta membantu anda mencari maklumat berkaitan kerjaya yang sesuai dengan potensi anda. "?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana melayari blog kami, moga infonya bermanfaat. Apa yang dimaksudkan dengan penyataan tersebut ye. Macam ni puan, kaunselor akan bantu klien untuk mengenali dirinya dahulu dengan memberi inventori berkaiatan personaliti, minat kerjaya. Selepas bantu klien kenal personaliti dirinya dan bidang minat kerjayannya. Saya sebagai kaunselor akan bantu cari senarai pekerjaaan yang menjadi minatnya. Dan klien dan kaunselor akan berbincang perkerjaan yang mana sesuai dengan klien.Maknya kaunselor tidak mencarikan kerja untuk klien. Sebaliknya membantu klien memperoleh maklumat tentang diri, minatnya, dan kerjaya.

      Delete
  8. Wahhhh....banyaknya perkongsian yang saya boleh dapat mengenai kaunseling disini...baru saya tahu yang kaunseling tue bukan semata-mata untuk orang bermasalah sahaja..saya yang x de masalah nie pun boleh jumpa kaunselor untuk mendapatkan maklumat tentang kerjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih fadzliana kerana melayari blog kami..iya fadzliana kaunseling bukah hanya untuk individu yang bermasalah sahaja tapi individu yang mahu mengetahui tentang bidang kerjaya yang sesuai dengannya pun boleh berjumpa dengan kaunselor..jika fadzliana mahu mendapatkan maklumat mengenai kerjaya fadzliana bolehlah berjumpa dengan kaunselor-kaunselor yang terdekat ....

      Delete
  9. Dulu saya selalu angap yang kalau kita gie jumpa kaunselor perkara yang kaunselor akan buat mesti bagi nasihat...tapi bila saya baca blog nie baru saya sedar yang saya silap...rupanya banyak perkara yang saya boleh lakukan apabila saya berjumpa dengan kaunselor...saya nak tanya kat admin..kat mane ye saya boleh berjumpa dengan kaunselor yang tidak berbayar....saya duduk kat area2 Seremban Negeri Sembilan...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Masitah kerana melayari blog kami..jika masitah ingin berjumpa kaunselor masitah bolehlah berjumpa kaunselor di pusat LPPKN yang berdekatan dengan Masitah.LPPKN ada menyediakan khidmat kaunseling secara percuma..jika Masitah ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang khidmat yang diberikan oleh LPPKN masitah boleh lah menghubungi pihak LPPKN. Ini saya ada sertakan dengan alamat dan no telefon LPPKN di Seremban.Persiaran S2/B3, Seremban 2
    70300 Seremban, Negeri Sembilan. No telefon 06-6014443.. :D

    ReplyDelete