CIRI-CIRI PERUNDINGAN

1. Matlamat perundingan ialah untuk membantu mempertingkatkan kedua-dua pihak iaitu konsulti dan  klien. Perunding mungkin boleh membantu meningkatkan keyakinan, kemahiran dan pengetahuan konsulti supaya dapat mengendalikan klien dengan lebih berkesan. Dalam situasi yang lain pula, program intervensi itu boleh dilaksanakan terus kepada klien.

2. Pada suatu ketika dalam proses perundingan, konsulti atau klien diberi keutamaan bergantung kepada situasi.

3. Perundingan boleh diberikan oleh perunding luaran yang berasingan daripada organisasi atau sebagai perunding dalaman iaitu sebahagian daripada ahli organisasi.

4. Penyertaan dalam perundingan adalah secara sukarela.


5. Konsulti bebas untuk melaksanakan atau tidak syor / cadangan perunding

15 comments:

  1. Saya pelajar diploma kaunseling di salah sebuah kolej swasta di Kajang. Di peringkat diploma, saya tidak didedahkan dengan maklumat tentang hal perundingan. Bila saya membaca maklumat dari pihak tuan/puan, saya dapati perundingan mempunyai persamaan dengan kaunseling. Benarkah perundingan sama dengan kaunseling?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perundingan lebih kurang sama dengan kaunseling. Bezanya orang yang datang berjumpa kaunselor adalah klien. Sementara dalam perundingan, orang yang datang mendapatkan khidmat rundingan adalah konsulti.

      Delete
  2. Saya pun mahu menanyakan soalan yang sama dengan ismi laili...betul ke perundingan sama dengan sesi kaunseling yang pernah saya join sebelum nie???..boleh x pihak parenting concsultacy bagi penejelasan sedikit..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kaunseling hanya kaunselor sahaja yang boleh menjalankan sesi kepada klien..manakala dalam perundingan sesiapa sahaja boleh menjadi konsultan dengan syarat individu yang memberikan khidmat perundingan iaitu konsultan merupakan seseorang yang pakar atau mahir dalam subjek sesuatu perundingan tersebut....contoh individu yang pakar adalah ahli psikatri, ahli psikologi klinikal dan sebaginya...

      Delete
  3. Dalam konteks sekolah dimana tempat saya bekerja, memang tugas perunding hanyalah kaunselor atau pengetua pun boleh berikan perundingan

    ReplyDelete
  4. ow kaunseling pun ada perundign ye.. sy ingtkan perundgn ni mcm jual beli kerta, rumah suma tu je. hehe... tq for the info

    ReplyDelete
  5. kiranya, perundingan ni mcm perbincangan la kan, mcm mana nk bantu klien sebab kalau kaunseling lebih kepada masalah individu. ini apa yang sy thu la. betulkan saya kalau silap =)

    ReplyDelete
  6. saya student maths. sy xpenah terms yg sy baca dalam page ni..sorry kalau tnye soalan bodoh. konsulti tu apa?? tak penah dgr langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Matematis Muda, konsulti ialah orang yang membuat rundingan dengan perunding. Misal kata kalau dalam perniagaan diibaratkan seperti pelanggan.

      Delete
  7. Terima kasih kerana menjawab soalan saya! perkongsian yang sangat menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Laili. Terima kasih sudi melawat ke blog kami.

      Delete
  8. Assalamualaikum. Tiba-tiba saya rasa tertarik nak tanya. Saya suka menjadi fasilitator sesebuah program. Contohnya, program di sekolah, ipta, pts. Tapi, saya masih belum berpuas hati dengan kemahiran yang saya ada sebgai fasilitator. Boleh ke saya dapatkan perundingan untuk mempertingkatkan kemahiran saya sebagai fasilitator?

    ReplyDelete
  9. Jadi perundingan adalah berbeza dengan kaunseling la ya, even matlamat lebih kurang sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sofia nabila, kalau kaunseling kaunselor hanya membantu klien yg berada dalam sesi, manakala perunding pula, kaunselor yang merupakan counsultant akan membantu counsultee yang ada dalam sesi untuk bantu klien yang berada dalam sesi. Jadi perunding kena membantu kedua-duanya

      Delete