PERUNDINGAN KAUNSELOR

Keadaan Perundingan Kaunselor

Tugas utama kaunselor yang bertindak sebagai konsultan adalah untuk mengenal pasti keadaan yang paling menyulitkan dalam sesuatu pertubuhan.  Perunding biasanya harus membantu memupuk hasrat inginkan perubahan supaya penyelesaian itu tidak dirasakan seperti dipaksa. Perundingan diberi banyak penekanan dalam pendekatan bimbingan perkembangan disebabkan keseluruhan suasana pembelajaran di sekolah menjadi penumpuan utama.

a) Dengan Guru Bilik Darjah
Kaunselor boleh menggunakan perundingan untuk membantu guru bilik darjah untuk memahami tingkah laku murid tertentu yang bermasalah, lalu merancang melaksanakan strategi bilik darjah untuk memperbaiki tingkah laku tersebut dan melicinkan perkembangan murid.

b) Dengan Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Perundingan pendidikan khas dalam setting sekolah bermula seawal tahun 1980an dengan adanya pergerakan reformasi sekolah yang telah menekankan keperluan perundingan di antara pendidikan khas dan pendidikan biasa.  Undang-undang Awam 94-142, Akta Pendidikan Untuk Semua Kanak-kanak Cacat, mensyaratkan bahawa semua kanak-kanak yang dikategorikan berkeperluan khas diletakkan dalam sistem pendidikan aliran utama atau perdana iaitu sepenuh yang boleh (least restrictive environment) dan mendapat hak pendidikan yang sama (zero reject).  Pendidikan khas dalam sistem inklusif telah menjadi pemangkin kepada perundingan dan kolaborasi di sekolah. Pada awalnya, perundingan di sekolah adalah berasal dari bidang kesihatan mental dan perkhidmatan perubatan. Setelah itu, perundingan telah berkembang kepada penggunaan dalam bidang terapi pertuturan dan bahasa serta perkhidmatan kepada pelajar bermasalah penglihatan dan pendengaran. Dalam konteks pendidikan khas, perundingan adalah difokuskan kepada memberi perkhidmatan kepada pelaajr berkeperluan khas dengan kaedah yang perlu dilakukan oleh patologis pertuturan tersebut iaitu seperti di bawah :-
a. Secara tidak langsung oleh perunding (ahli patologi) melalui guru kelas.
b. Secara langsung oleh guru kelas atau guru resos.
c. Berbagai kombinasi perkhidmatan secara langsung atau tidak.

c) Dengan Ibu Bapa
Keadaan yang membolehkan perundingan dijalankan dengan ibu bapa adalah untuk
merapatkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak mereka, membantu ibu bapa memahami
makna interaksi dan dialog mereka dengan anak-anak mereka serta membantu mendapatkan
kemahiran berkomunikasi dengan berkesan (Dinkmeyer dan Carlson, 1973). Contohnya
mengatur kursus atau seminar keibubapaan yang ditawarkan di sekolah mereka.

11 comments:

  1. Satu maklumat yang bagus dan berguna untuk saya....terima kasih smart parenting consultacy..

    ReplyDelete
  2. boleh ke prundingan tu terjadi kalau yang datang jumpe kaunselor adalah anak, yang bermasalah adalah ibu bapa anak tu?

    ReplyDelete
  3. saya bekerja sebagai kerani sekolah dan saya sendiri rasakan proses perundingan memang penting dalam konteks zaman sekarang yang macam - macam kes. Saya pun ada anak dan saya rasa memang sangat perlu. Saya sendiri pun tak akan mengelak jika perlu berunding dalam nak bantu anak. Syukur anak saya setakat nie tidaklah mengecewakan saya

    ReplyDelete
  4. owh mksudnya, ibu bapa yang slu dtg sekolah jmpe guru kelas untuk semak kemajuan, adal salah laku ke anak mereka dikira perundingan juga la kn?

    ReplyDelete
  5. Che Zakaria Ali terima kasih ats persoalan yang bagus. ya, itu juga dikira sebagai perundingan. contohnya anak datang berjumpa konsultan kerana ibu bapa sering bergaduh, tetapi dalam masa yang sama ianya tidak menjejaskan pembelajran atau masalah displin anak, maka proses tersebut boleh dikatakan sebagai perundingan. Namun, sekiranya anak datang mengadu ibu bapa selalu bergaduh sehingga pembelajran anak terjejas ianya perlukan perkhidmtan kaunseling keluarga..

    ReplyDelete
  6. perundingan xsama ke dengan kaunseling?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perundingan dengan kaunseling lebih kurang sama. Bezanya, orang yang datang membuat rundingan dipanggil konsulti. Orang yang datang menjalani sesi dipanggil klien.

      Delete
  7. Saya nampak, kaunselor bukan sekadar menjadi kaunselor malah boleh menjadi perunding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perunding ialah orang yang pakar dalam bidang yang dikendalikan. Kaunselor boleh jadi perunding. Perlu diingatkan, kaunselor tersebut mestilah benar-benar mahir dalam bidang perundingan yang dikendalikan.

      Delete
  8. Oh maknanya kaunselor pun perunding ye... Tumpang tanya smart parenting consultacy.. adakah perundingan ini diberi kepada kaunselor dalam pekerjaaan di badan-badan kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu pihak kami sofia Nabila, kaunselor dibadan-badan kerajaan akan turut diberi tangungjawab untuk menjadi perunding atau counsultant sama seperti kaunselor di sekoah, suma mungkin counsultant di badan-badan kerjaan mempunyai klien yang lebih luas.

      Delete