ETIKA DAN PROFESIONAL DALAM PERUNDINGAN


Terdapat banyak isu mengenai etika dan professional yang melibatkan perundingan dalam perkhidmatan professional, nilai-nilai, kepelbagaian budaya, hubungan perundingan, hak-hak mereka yang dirunding dan perundingan dalam kelompok A.M. Dougherty, 2005). 

Isu-isu etika dalam perundingan semakin mendapat perhatian pada masa kini. Perunding boleh didakwa kerana malpractice atau perlanggaran kontrak dan oleh yang sedemikian, adalah bagi perunding agar lebih peka terhadap undang-undang yang melibatkan amalan mereka serta bertindak mengikut landasan etika yang betul.

Amalan dalam etika memerlukan perunding memberitahu kepada mereka yang dirunding mengenai matlamat dan tujuan perundingan, batasan terhadap kerahsiaan, faedah-faedah yang mungkin bakal diperolehi, risiko yang mungkin dihadapi, hasil perundingan dan kebebasan mereka untuk mengurangkan atau menolak penglibatan mereka dalam proses perundingan.


Apabila perunding menggunakan pendekatan proses kelompok, adalah amat penting bagi mereka untuk mempunyai kemahiran dalam perundingan secara berkumpulan. 

14 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini sebab isu inilah mungkin ramai yang mengelak dari proses perundingan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik zaiton.. mgkin rmai yang mengelak dari proses perundingn sebab tkut konsultan tak rahsiakan apa yang mereka kongsikan. tetapi ble kerahsiaan sebagai satu etika mungkin orang ramai lebih yakin untuk buat perundingn kn.

      Delete
    2. Terima kasih Pn Zaiton kerana melawat blog ini. Setiap sesi perundingan yang dilakukan akan menjadi tanggungjawab konsultan untuk merahsiakan isu berkenaan. Jadi ini sebagai satu cara untuk melindungi konsulti dan seterusnya dapat menimbulkan kepercayaan oleh konsulti. Faktor ini mungkin menjadi salah satu kerisauan bagi mendapatkan perundingan. Sekali lagi terima kasih kerana sudi melawat blog kami. Teruskan melawat kerana kami akan memberikan lebih banyak maklumat untuk anda.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kalau yang biasa saya dengar, dalam perundingan atau kaunseling etika yang paling penting kerahsiaan la kan.. kalau tak jga kerahsiaan dikira melanggar etika la kn?

    ReplyDelete
  4. ya betul cikgu rahmah. sekiranya seorang kaunselor atau perunding tidak menjaga kerahsiaan maka dia telah melanggar etika sebagai seorang kaunselor atau perunding.

    ReplyDelete
  5. bila saya baca post ni, sy terfikir sesuatu tentang etika. boleh tak kaunselor buat rundingan dengan ahli keluarga sendri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Matematis Muda, kaunselor tidak boleh mengendalikan sesi dengan klien yang dikenali. Hal ini dikatakan sebagai dual-relationship. hal ini boleh mengganggu etika sebagai seorang kaunselor. Kaunselor cenderung menjadi bias, pilih kasih atau cenderung memberi cadangan kepada klien yang dikenali. Kaunselor juga cenderung menjadi judgemental kepada klien yang dikenalinya itu.

      Delete
  6. Kaunselor memang betul-betul kena jaga rahsia kan. Bagi saya, sebenarnya taklah susah jaga rahsia orang. Yang penting kena ade passion dan desire untuk jadi kaunselor yang baik.. betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang dedikasi dalam kerjaya adalah orang yang benar-benar minat dengan bidang kerjaya yang diceburinya.

      Delete
  7. Hi saya lagi.. saya nak bertanya apa yang dimaksudkan dengan risiko yang mungkin dihadapi klien setelah menjalani perundingan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Haniza Manan, risiko yg dihadapi klien adalah bermaksud klien kena terima risiko, pandangan orang luar apabila pemikiran atau tingkah laku yang mungkin berubah setelah menghadiri sesi kaunseling. Adakah masyarakat luar dapat menerima perubahannya. Semoga penjelasan ini menjawab persoalan puan. Sekali lagi terima kasih kerana sudi melawat blog kami. Teruskan melawat kerana kami akan memberikan lebih banyak maklumat untuk anda.

      Delete
  8. ohh jadinya saya tidak risau lah tentang kerahsiaan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana melawati blog kami..iya Masitah tidak perlu risau tentang kerahsiaan..kerana kaunselor atau perunding mempunyai etika kerahsiaan yang harus dipatuhi...

      Delete