APAKAH ITU PERUNDINGAN?


Perundingan merupakan satu unsur yang diiktiraf dalam program bimbingan. Perundingan merupakan suatu perkhidmatan tidak langsung dan diasaskan pada hubungan manusia yang dibentuk oleh konsultan atau pakar runding dengan klien.

Keat dalam Amla H.M. Salleh dan Puteh Mohamed (1992) menghuraikan perundingan dalam latar sekolah sebagai satu proses yang di dalamnya konsultan dan orang yang diberi perundingan bekerjasama untuk membentuk cara membantu pelajar.

Contoh-contoh Perundingan

1.  1. Perundingan di sekolah

2. Perundingan di rumah




Brown et.al (1979) perundingan biasanya ialah proses yang diasaskan pada:-
     i.         
\       1. Suatu hubungan sama rata yang mempunyai ciri saling mempercayai dan komunikasi terbuka


2. Pendekatan bersama ke arah mengenal pasti masalah

           3. Pengumpulan sumber-sumber peribadi untuk mengenal pasti serta memilih strategi yang mungkin dapat menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti dan tanggungjawab bersama dalam pelaksanaan dan penilaian program atau strategi yang telah dimulakan



15 comments:

  1. adakah proses perundingan melibatkan klien, konsulti dan konsultan perlu bersemuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya hubungan bersemuka melibatkan konsulti dan konsultan. Klien tidak perlu bersemuka.

      Delete
  2. Bole erk buat perundingan di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas soalan, perundingan juga boleh dilakukan di rumah atas permintaan konsulti.

      Delete
  3. Terima kasih atas soalan Puan Zaiton. Proses perundingan adalah proses dimana konsultan akan membantu konsulti bagaimana untuk mengendalikan klien yang bermasalah. Contoh disini adalah apabila anak mempunyai masalah terlalu pendiam di kelas, jadi konsulti disini adalah ibu bapa. Jadi konsultan dan konsulti perlu bersemuka untuk membincangkan bagaimana utk membantu klien. Klien tidak perlu ada dalam sesi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ow mksudnya.. konsultan tu kaunselor, dan konsulti tu ibu dan klien anak.. kn?

      Delete
  4. Terima kasih atas soalan Pn Siti Saleha, Sesi perundingan boleh dilakukan di rumah juga jadi ia akan memudahkan konsulti. Jika konsulti menawarkan utk membuat dirumahnya, konsultan tidak akan mempunyai masalah. Sekali lagi, terima kasih kerana melawat blog ini.

    ReplyDelete
  5. proses yang ditunjukkan sangt jelas..baru sy faham apa yang membezakan kaunseling dengan perundingn..

    ReplyDelete
  6. kalau saya ada masalah peribadi, saya kne buat rundingan ke kaunseling? saya tengok macam sama je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Matematis Muda, kalau masalah peribadi digalakkan berjumpa kaunselor. Dalam kaunseling, Matematis Muda akan menjadi klien kepada seorang kaunselor. Berbeza dengan rundingan. Rundingan biasanya melibatkan 3 pihak iaitu perunding, konsulti dan klien. Jika Matematis Muda berhajat untuk membantu orang lain tetapi tiada kepakaran, Matematis Muda boleh buat berunding dengan perunding, Matematis Muda pula akan bergelar konsulti dan orang yang Matematis Muda mahu bantu tu dikenali sebagai klien.

      Delete
  7. Kalau perundingan boleh buat kt rumah, kaunseling boleh tak buat kat rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Terutamanya kaunseling keluarga. Misalnya seorang guru kaunseling boleh ke rumah pelajar untuk mengadakan sesi kaunseling keluarga jika pelajar tersebut mempunyai isu berkaitan keluarga.Hal ini penting bagi memastikan semua ahli keluarga terlibat dalam sesi tersebut.

      Delete
  8. kalo boleh saya tahu, adakah hanya kaunselor sahaja yang boleh menjadi cousultant?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pengetahuan Haniza Manan, bukan sahaja kaunselor boleh menjadi counsultant atau perunding. Counsultant ini boleh juga mereka yang mempunyai sesuatu ilmu atau pengalaman berkenaan sesuatu bidang. Sebagai contoh pakar kesihatan mental, motivasi. Selagi dia mempunyai ilmu atau kepakaran sesuatu bidang, individu tersebut layak menjadi counsultant berbeza dengan kaunselor.

      Delete