KAUNSELOR SEBAGAI PERUNDING DI JABATAN AGAMA ISLAM


PENGENALAN
Kaunseling di Jabatan Agama dikenali sebagai Rundingancara dan kaunseling. Ia melibatkan pengurusan sebagai pemudahcara. Di samping itu, pegawai yang terlibat dalam unit ini tertakluk kepada akta yang menjurus kepada pelbagai tugas yang diperlukan seperti wakil rasmi kadi semasa ketiadaannya, sebagai AJK dalam bidang keagamaan dan penandaan pelbagai surat .

Menurut pandangan Islam "Dan tidak kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan untuk memberi petunjuk kepada seluruh alam …..” 
Surah Anbiya, ayat 107.

 TUJUAN PERUNDING CARA DAN KHIDMAT NASIHAT
• Membantu pasangan suami isteri dan ahli-ahli keluarga meneroka idea-idea serta pilihan-pilihan baru ke arah kehidupan kekeluargaan yang sejahtera, harmoni dan saling faham memahami dengan menganalisis kisah-kisah serta naratif keluarga.
• Pegawai rundingcara menggunakan piawai seperti inventori kepuasan perkahwinan ke arah matlamat perkahwinan.

JENIS-JENIS MASALAH
Jenis-jenis masalah yang dirundingkan iaitu:-
• Tanggungjawab
• Keluar Rumah
• Penagihan
• Poligami
• Nafkah
• Penderaan
• Campurtangan
• Pelbagai
• HIV / Aids
• Sumbang Mahram
• Cerai Baik
• Cerai Taklik
• Fasakh

INDIVIDU YANG MEMERLUKAN KHIDMAT RUNDINGCARA
Berikut adalah individu yang memerlukan khidmat rundingcara:-
• Mengalami tekanan (stress) / Konflik
• Sukar berinteraksi
• Ingin berkongsi masalah
• Memerlukan pengukuhan emosi
• Ingin memahami peraturan /prosedur
• Ingin mempertingkatkan kemahiran diri
• Memulihkan perhubungan dengan ahli keluarga
• Memahami diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga
• Mengenalpasti masalah

 SEBAB-SEBAB RUNDING CARA DIPERLUKAN
• Masalah dapat dikesan dan diatasi pada peringkat awal
• Hubungan suami isteri menjadi mesra dan harmoni
• Mempertingkat kemahiran mengenalpasti kelemahan dan keistimewaan
• Mencari jalan penyelesaian yang terbaik ( Damai / Cerai )
• Membina keluarga bahagia

TATACARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN RUNDINGCARA
• Suami / Isteri hadir di Pejabat Agama Daerah
• mengikut tempat bermastautin
• Isi borang yang disediakan
• Lampirkan salinan surat nikah/rujuk dan kad pengenalan
• Dapatkan nombor rujukan/tarikh temujanji


No comments:

Post a Comment