GAYA ASUHAN ANAK-ANAK

Gaya Permisif
  • Corak didikan yang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka.
  • Komunikasi yang terbuka dan kurang menekankan tingkah laku yang baik terhadap anaknya. 
  • Ibu bapa berperanan sebagai sumber yang memenuhi segala kemahuan anaknya.
  • Ibu bapa seperti ini sering membiarkan anak-anaknya mengatur aktiviti sendirian tanpa ada kawalan dan permerhatian oleh ibu bapa.
  • Ibu bapa cuba untuk membimbing anaknya ke arah perkembangan yang baik tetapi mereka gagal dalam membentuk had-had batasan yang tegas dan tingkah laku yang matang terhadap anaknya.
Gaya permisif terhadap pembentukan personaliti anak-anak
  • Kebaikannya kepada personaliti anak mereka ialah anak-anaknya akan lebih gembira dan cepat sembuh daripada  tekanan atau masalah yang berlaku terhadap dirinya.
  • Keburukannya adalah anak-anak yang didik dengan corak didikan ini tidak dapat mengawal diri sendiri, impulsif, terlalu bergantung kepada ibu bapa seperti kurang berdikari dan menjelajah ke dunia baru.
  • Anak-anak  akan terjebat dalam gejala-gejala seks bebas, pengambilan alkohol dan dadah semasa remaja serta tingkah laku anti sosial. Dengan kata lain, corak didikan ini memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak mereka sehingga anaknya berperilaku buruk dan tidak matang.
Gaya Autoritarian
  • Ibu bapa mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkah laku anak mereka dengan membuat peraturan-peraturan dan nilai-nilai yang mesti dipatuhi dan tidak boleh dipersoalkan.
  • Ibu bapa tidak mengamalkan sikap bertolak ansur dan mempersepsikan bahawa kanak-kanak harus menerima perintah mereka tanpa di persoalkan.
  • Ibu bapa terlalu ketat dalam mengawal tingkah laku, tidak bersifat responsif dan fleksibel terhadap anak mereka. Dengan kata lain, apa saja keputusan yang dibuat oleh ibu bapa tidak boleh dibantah walaupun sedikit.
  • Corak didikan ini lebih cenderung untuk menggunakan disiplin yang bersifat hukuman sekiranya anak mereka melanggar sesuatu disiplin yang ditetapkan.
Gaya autoritarian terhadap pembentukan personaliti anak-anak
  • Corak didikan ini akan  melahirkan anak-anak yang berdisiplin, sentiasa mematuhi waktu, menghormati orang tua, mematuhi setiap arahan yang dibagi walaupun terpaksa.
  • Namun, corak didikan ini lebih menjurus kepada perkembangan kendiri yang negatif terhadap anak mereka.
  • Anak-anak akan mempunyai kemahiran sosial yang lemah, menjadi individu yang agresif dan mempunyai mood yang tidak menentu, menjadi delinkuen dan agresif.
  • Hal ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa yang selalu menggunakan hukuman fizikal secara berlebihan.
Gaya Autoritatif
  • Ibu bapa mengenakan peraturan atau had-had batasan tingkah laku tertentu tetapi membenarkan komunikasi yang bersifat terbuka.
  • Anak-anak juga diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam menentukan sesuatu perkara.
  • Ibu bapa yang autoritatif akan bersifat fleksibel dan rasional dalam sikap dan padangan serta menggalakan anaknya untuk berdikari. 
  • Ibu bapa autoritatif akan mengenakan kawalan yang tegas tetapi membenarkan kebebasan yang bersesuaian dengan perkembangan anak mereka. 
  • Ibu bapa yang mengamalkan corak didikan ini akan menunjukkan sikap dan sifatnya yang peramah, ceria, sentiasa mesra, amanah dan berfikiran terbuka terhadap anak-anaknya. Hal ini kerana, ibu bapa ingin melahirkan persekitaran sosial keluarga yang harmoni dan seimbang untuk perkembangan anak-anak mereka.
Gaya autoritatif terhadap pembentukan personaliti anak-anak
  • Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang autoritatif  lebih cenderung menjadi lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu lebih tinggi, berdedikasi, dapat mengawal diri, puas hati dan bersikap positif terhadap rakan sebaya. 
  • Komunikasi antara ibu bapa dan anaknya menjadi baik dan juga suasana keluarga menjadi lebih tenteram.
  • Beberapa ciri asuhan autoritatif ini akan menghasilkan remaja yang bersikap positif.
  • Corak didikan ini tidak melahirkan kendiri yang negatif kepada perkembangan kanak-kanak.



13 comments:

  1. Daripada apa yang saya baca dari artikel kat atas...jadinya gaya asuhan yang paling bagus adalah gaya asuhan autoritatif ye???

    ReplyDelete
  2. Iya fadzliana gaya asuhan autoritatif merupakan gaya asuhan yang paling baik untuk perkembangan personaliti anak2....berdasarkan apa yang kami kongsikan diatas terdapat banyak kesan positif keatas pembentukan personaliti anak2 jika ibu bapa menjadikan gaya asuhan autoritatif sebagai gaya asuhan mereka... :D

    ReplyDelete
  3. oh,, dulu saya rasa saya gunakan gaya permisif tapi patutlah saya lihat anak saya dulu agresif,then saya dah tukar kepada gaya autoritatif barulah nampak perubahan. Saya pernah terdengar kawan - kawan baca tentang gaya asuhan tapi belum baca lagi.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Pn Zaiton kerana melawat blog kami. Sebagai ibu bapa, kita kena melihat sama ada didikan kita sesuai atau tidak untuk anak. Jadi anda telah melakukan cara yang betul kerana anda telah merasakan perubahannya

    ReplyDelete
  5. hehe, saya tak ada anak lagi.. maklumat yang ptng ni, mgkin sy bleh aplikasikan ble ada anak nanti..terima kasih

    ReplyDelete
  6. anak pulak? info advance ni. autoritatif.. oo.. saya rs parent sy guna autoritatif. no wonder la sy jd ceria, peramah... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Matematis Muda,Kajian banyak menunjukkan bahawa gaya asuhan ibu bapa mempunyai hubungan dengan pembentukan personaliti. Tahniah jika anda berasal dari keluarga yang mengamalkan autoritatif.Anda beruntung.

      Delete
  7. Saya ada belajar tentang ni dalam subjek Psikologi kanak-kanak masa saya ambil diploma dulu. Sangat best belajar tentang gaya asuhan. Sangat bagus sebagai persediaan jadi ibu bapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Laili. Topik ini selalunya diminati kebanyakan pelajar kerana ianya merupakan antara maklumat yang sangat bermakna.

      Delete
  8. Baru saya tahu cara ibubapa mendidik boleh dibahagikan... Banyak lg saya kena belajar ni... BTW admin macam mana saya nak pastikan ibubapa saya mengamalkan gaya asuhan ape,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sofia, terima kasih kerana melayari blog kami. Semoga maklumat tentang \gaya asuhan ini bermanfaat pada sofia nabila. Untuk pengetahuan Sofia ye.. gaya asuhan ini juga boleh diiukur dengan menggunakan inventori yang direka sendiri ioleh pengasas teori ini iaitu Baunrind.

      Delete
  9. Anak saya masih baby lagi...insyaAllah saya akan gunakan gaya asuhan autoritatif untuk mendidik anak-anak saya nanti..terima kasih ye admin atas perkongsian nie....banyak perkara baru yang saya pelajari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami akan sedaya upaya untuk membantu dan memberikan maklumat kepada orang ramai untuk memperolehi keluarga yang bahagia.jika Masitah ingin bertnyakan sebarang soalan kepada kami Masitah boleh lah berbuat demikian dengan menghantar message di halaman facebook kami yang beralamat https://www.facebook.com/smartparenting123..terima kasih.. .

      Delete